Advertisement@dato muda's blog

JOM REGISTER JADI AGENT TOPUP!

KLIK untuk ketahui jadi agent fastopup!

Friday, December 21, 2012

volunteer dekat zoo negara

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini,saudara saudari sekalian apa khabar?diharapkan semua sihat-sihat belaka.Sekarang ini,kalau kita lihat di uia,..kelihatan ramai siswa-siswi kita yang sedang sibuk mengulang kaji,maklumlah peperiksaan akhir semester semakin hampir.Banyak pelajaran atau subjek yang perlu dilihat semula,nak Berjaya kena usaha kan?Untuk masa yang singkat ,saya guna sikit untuk menceritakan pengalaman saya melibatkan diri dalam program yang telah dianjur mahallah saya.Program  yang menggalakkan siswa siswi untuk menanam semangat sukarelawan ini  telah dijalankan di Zoo Negara.Untuk makluman,pihak zoo hanya memberikan kuota seramai 100 orang sahaja untuk merasakan peluang bagaimana pekerja-pekerja zoo Negara ini menjalankan tugas mereka.Pada hari tersebut,kami bertuah kerana kebetulan pada hari tersebut seramai 50 orang wakil dari upm juga turut melibatkan diri dalam program ini.Pembahagian kumpulan dibahagikan seperti biasa.Ada yang dihantarkan ke kandang seladang,kambing,kura-kura dan aquarium ikan.Ada juga yang diberikan peluang menolong di dalam pejabat zoo seperti melipat “pamplet” dan “brochure”.Pengalaman memberikan makanan kepada binatang-binatang di dalam zoo adalah pengalaman yang menarik ,seperti berdiri di atas batu yang tinggi dalam aquarium dan berdiri di atasnya sambil memberikan makanan kepada ikan-ikan besar yang berenang di bawah mewujudkan sedikit rasa cuak ,takut-takut terjatuh.Alhamdulillah,tidak ada apa-apa yang berlaku.Namun,ada juga terpaksa bermandikan lumpur kerana ditugaskan memberikan makanan kepada haiwan seperti seladang dan badak.Zoo Negara juga ada menyediakn tempat di mana terdapat bermacam jenis madu daripada pelbagai jenis lebah.Madu-madu yang dijualkan di dalam zoo tersebut juga jauh lebih murah berbanding madu yang dijual di luar sana.Ketika kami sedang sibuk menjalankan tugas sebagai seorang volunteer,pihak zoo juga ada memberitahu kami bahawa volunteer ini sentiasa terbuka kepada semua orang tidak mengira individu mahupun berkumpulan,jadi pihak zoo ada juga menyediakan sijil kepada volunteer yang sedia bekerja dalam tempoh 48 jam.Berbeza dengan volunteer luar yang lain,pihak zoo tidak menyediakan sebarang duit elaun mahupun duit poket kepada volunteer.Setelah selesai melakukan kerja sukarelawan ,kami berpeluang melihat aksi yang ditunjukkan ikan lumba-lumba terlatih dalam zoo pada petang tersebut.Melihat ikan lumba-lumba tersebut membawa bola keranjang di dalam air dan memasukkan ke dalam jarring disediakan telah menimbulkan rasa terkesima dalam diri kami.Adegan yang mencuit hati kami apabila ikan tersebut menunjukkan perutnya menggunakan siripnya setelah ditanya oleh jurulatihnya ,”di mana perut?”.Selain itu,ikan tersbut juga menunjukkan kesetiaannya terhadap jurulatihnya apabila diarahkan makan  selepas diperdengarkan dengan bunyi tepukan penonton,ternyata ikan tersebut terus makan makanan yang terdapat pada tangan jurulatihnya selepas penonton menepuk tangan masing-masing.Namun,peluang kami untuk melawat seluruh kawasan di dalam zoo tersebut terbatas kerana keadaan cuaca yang tidak berapa baik.Tetapi,ada diantara kami tidak ketinggalan untuk membeli cenderamata yang dijual di dalam zoo.Program kami tamat setelah semua sukarelawan berkumpul semula dan bersedia untuk menaiki bas pulang ke kampus uiam.Walaupun program ini hanya berjalan dalam waktu yang singkat,ia cukup memberikan rasa penat yang pastinya membuatkan diri ini terus balik tidur dengan lena bagaikan orang hendak tidur disurungkan bantal.Ringkasnya,pengalaman sebegini bukanlah selalu datang,tapi ia adalah peluang untuk kita menyesuaikan diri ketika kita berada di alam pekerjaan nanti.InshaAllah.sekian saja post kali ini,wassalam.

ALBUM SEPANJANG BERADA DI ZOO NEGARA:
jom menyorok makan bihun saja~


duk kalut panggil orang trun,...ada yang xbngun tidoq lagi paa??


smart,..tu diaa


ni fellow kami,..


pakat duk kalut tempik sticker kt baju


kami nak sampai dah nie



gila syok habaq hang jadi volunteer


amboih,..nak kena beratuq jugak?






pamping seratuih kali sehari,..sit up seratuih kali jugak sehari,..apa lagi?





haaiiii...nak sapu sampah pun kena belajaq?




cecece~...mcm letih wat keje jew,..hehe



mai2 join kami


seedapnyaaa...


hebat giler aku


mcm na nak guna menatang ni tataw


ini landak ada duri taw


rama-rama ye adik2


kami jurukamera,..konon2nya


xpuah ati pa weh!

ini angsa

ni burung puyuh ,spesis besaq punya


ini nama dia ,zirafah


ini gajah je


hensemnyerr..hehe

ramainya orang mai tengok aku wat aksi

hampa duk usha aku apasai pa

terjunan akrobatik~


sikit lagi sikit lagi~

tu diaaa....pandai naa ikan tuh main bola keranjang


haa,...ni pak cik cleaner mai tolong kutip rumput kering

macam2 benda kena wat,...jadi plumber pulak..

aiihh....berat pulak dah perau nie

naek  pi perbetoi tangki,..konon2nyaa~`..

rakan se-volunteer



ini laa tempat juai anak patung


peerrghhh..penat buat keja,..


alolo~...=P


comeynyerrr..haha


peace~


try pakai serelom sat topi zirafah nie,..hehe


baru pas packing ,nak balik uiam


1 comments:

Anonymous said...

Your method of describing everything in this piece of writing is
really nice, all be able to simply be aware of it, Thanks a
lot.

My weblog: http://paydayloanspup.co.uk/

Post a Comment

feNoMEna DaTO muDa nIZar!

kenyataan Dato Muda

Segala yang terkandung di dalam blog ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan cerita. Andai ada yang salah, terkasar bahasa atau menyinggung hati, harap dimaafkan. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 
Free Host | lasik surgery new york