Advertisement@dato muda's blog

JOM REGISTER JADI AGENT TOPUP!

KLIK untuk ketahui jadi agent fastopup!

Wednesday, December 19, 2012

Sistem hybrid

Assalamualaikum kepada pembaca2 setia blog ini,sedutan daripada pembentangan projek di dalam kelas thermal science baru2 ini.Saya menjadi tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hybrid.Jadi,tujuan post kali ini adalah untuk berkongsi bersama pembaca2 sedikit sebanyak  idea berkenaan apa itu yang dikatakan sistem hybrid?


Pembaca sekalian,
Sebenarnya ramai yang salah faham mengatakan kereta hybrid ni ialah kereta elektrik, tetapi sebenarnya TIDAK. Kereta hybrid ni sebenarnya kena pakai minyak petrol juga macam kereta biasa, cuma dia ada sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik. Ada dua engin yang akan digunakan untuk operasi sistem hybrid ni. Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol yang selalu digunakan pada kereta biasa. Cuba pada waktu-waktu tertentu (ketika menggunakan gear rendah), motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.Berikut adalah maklumat yang saya perolehi dari laman web lain:

Definasi Teknologi Hybrid:


Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak.

Bagaimana teknologi hybrid berfungsi:
•Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.

•Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.

•Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.

•Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah.

"Jika ditinjau situasi semasa, kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar,sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula."


Faktor-faktor utama dalam menggerakkan sebuah kereta:


Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.



•Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan di dalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa. Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.

•Kini teknologi hybrid muncul bagi merancakkan lagi usaha ke arah menjadikan bumi lebih hijau. Antara gergasi automotif yang telah memperkenalkan teknologi hybrid mereka ialah Toyota (Hybrid Synergy Drive) melalui model Toyota Prius, Honda (Integrated Motor Assisstant) melalui model Honda Civic Hybrid, Ford (Fusion Hybrid) melalui model Ford Fusion Hybrid dan sebagainya dan tidak ketinggalan syarikat automotif tempatan, Proton (Lotus Range Extender) melalui model kereta konsep mereka, Proton EMAS.

•Malaysia juga antara negara di rantau ini yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara (DAN) yang dibentangkan tahun lalu, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.

•Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti2 penjimatan tenaga layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.

•Walaubagaimanapun buat masa ini teknologi hybrid masih lagi mahal. Harga sebuah Toyota Prius di Malaysia ialah RM 175 000, Honda Civic Hybrid RM 130 000 manakala Proton EMAS dijangka akan berada di jalan raya seawalnya 2012. Ketika mana dunia mengalami penyusutan bekalan petroleum, pengenalan dan penambahbaikan teknologi hybrid amatlah dialu-alukan.

•Jika sekarang sebuah kereta bersesaran 1600 cc yang menempuh kesesakan jalan raya selama 45 minit untuk ke tempat kerja berjarak 12 km (penghuni Pulau Pinang Pulau Mutiara lebih memahami) memerlukan 7.0 L petrol untuk perjalanan sejauh 100 km, maka dengan teknologi hybrid jumlahnya boleh dikurangkan kepada 3-4 L petrol sahaja. Jadi bayangkan penjimatan petrol dan wang yang ditawarkan selain pengurangan asap dan bahan pencemar lain ke atmosfera bumi. Harap2 dengan belanjawan 2011 yang telah keluar baru2 ini kita akan mempunyai kenderaan hybrid mampu milik.








LAMPIRAN CONTOH KERETA HYBRID:
honda insight

contoh generator honda


Okay,dan kini honda ada mengeluarkan satu model kereta yang menggunakan sistem hybrid,iaitu "honda insight".HONDA INSIGHT adalah satu model kereta dari Honda yang menggunakan teknologi hybrid. Seperti yang telah diberitahu tadi, sistem hybrid terdiri dari dua enjin iaitu enjin petrol dan motor elektrik. Kereta hybrid Honda Insight menggunakan sistem enjin 1.3L i-VTEC (enjin petrol) dan Integrated Motor Assist (motor elektrik atau motor assist). Cuba bayangkan, dah la i-VTEC (sangat jimat berbanding enjin VTEC biasa), lepas tu ada sistem hybrid pulak tu. Memang berganda-ganda penjimatan minyak kereta ni.


Beza antara model hybrid honda ini dengan hybrid yang lain:

Sebelum menjawab tentang perbezaan, kena bagitau dulu persamaan dulu. Persamaan Honda Insight dengan kereta hybrid lain ialah mereka menggunakan sistem hybrid iaitu ada dua enjin; enjin petrol dan motor elektrik. Manakala perbezaan Honda Insight Hybrid dengan jenama lain pula ialah Honda Insight mempunyai sistem khas yang unik dipanggil Ecological Drive Assist (ECO) assist, iaitu ECON mode (boleh diubah ikut kesesuian), Guidance Function (warna di speedometer berubah mengikut gaya pemanduan) dan Scoring Function (lagi jimat gaya pemanduan, lagi besar daun tu akan tumbuh hehehe).


Bateri:
Honda Insight juga mempunyai waranti bateri selama 5 tahun. Cuba bayangkan, kalau kereta biasa, paling kuat bateri boleh tahan pun 1 atau 2 tahun je. Tapi Honda insight ada waranti 5 tahun. Bermaksud, sepanjang 5 tahun korang guna Honda Insight, kalau ada masalah bateri, boleh tukar tanpa caj! (Fakta: Honda Insight adalah satu-satunya kereta hybrid yang memberi waranti bateri paling lama di Malaysia.)






Konklusinya,penggunaan sistem hybrid pada kenderaan sememangnya memberikan 1001 manfaat buat kita semua.Kelebihannya dalam penjimatan petrol amatlah menguntungkan dan yang penting ia amat mesra dengan alam sekitar.Mungkin skarang,kebanyakan sistem ini hanya didapati pada kereta sahaja.mungkin juga satu hari nanti sistem ini akan diguna pakai pada motosikal.Sesungguhnya sebagai masyarakat yang prihatin pada alam sekitar semestinya menyokong teknologi sebegini dan bukan lah teknologi yang memudaratkan kita semua.sekian ,wassalam

 kredit : melayukini.net dan hairilhazlan.com


0 comments:

Post a Comment

feNoMEna DaTO muDa nIZar!

kenyataan Dato Muda

Segala yang terkandung di dalam blog ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan cerita. Andai ada yang salah, terkasar bahasa atau menyinggung hati, harap dimaafkan. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 
Free Host | lasik surgery new york