Advertisement@dato muda's blog

JOM REGISTER JADI AGENT TOPUP!

KLIK untuk ketahui jadi agent fastopup!

Friday, October 12, 2012

Artis luar datang UIA

Assalamualaikum semua,.sudah lama saya tidak meng'update' blog rasanya...bukan kerana sibuk atau sebagainya cuma rasa malas nak buka 'create post' dan ditambah dengan ketiadaan internet.Belakangan ini,saya juga terlibat dengan satu event yang telah dianjurkan oleh 'STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL' di uiam.Event ini dinamakan sebagai "INTERNATIONAL NASYEED FESTIVAL" telah berlangsung pada tarikh 11hb oktober 2012 yang mana di dalam event ini ,terdapat artis dari luar khususnya dari Indonesia.Artis tersebut ialah OPICK dan EDCOUSTIC.Mungkin tidak ramai yang mengenali EDCOUSTIC ini kerana mereka adalah penyanyi yang baru naik.Antara lagu2 yang dibawa oleh mereka ialah "AKU INGIN MENCINTAIMU" dan "MUHASABAH CINTA".Selain opick dan edcoustic,penyanyi dari tanahair juga turut menyanyi seperti HAFIZ HAMIDUN dan EZAD EXIST.Hafiz hamidun yang merupakan artis yang bergerak solo juga turut memperdengarkan kami semua ,pelajar uia dengan zikir terapinya.Ramai pelajar2 UIA yang terkesima apabila mendengar suara beliau.Tak lupa kepada penyanyi Ezad,yang menghiburkan pelajar uia dengan lagu lamanya iaitu JESNITA dan MENGINTAI DARI KAMAR.Walaupun ,beliau bukan lah penyanyi berlatar belakang nasyid ,ini tidak menghalang beliau untuk menghiburkan kami semua.Lagu "OH IBU" telah menambat hati2 pelajar uia apabila beliau telah berduet bersama salah seorang pelajar uia juga.Namun,ribuan terima kasih kepada ALLY ISKANDAR yang merupakan salah seorang pengacara rancangan TV yang terkemuka dapat datang mengendalikan majlis yang besar ini.VVIP juga ramai yang turut hadir termasuklah Nurin Aziz,Ustaz Hasrizal,Rektor UIAM, Deputy Rektor UIAM
 dan lain-lain.

Dato Muda(kanan bergambar salah seorang VIP,Ustaz Hasrizal,Penulis Novel
dari kiri Amirul,Opick,Dato Muda,Hafiz,Mazlan dan Ikram
iklan yang telah diwar-warkan di sekitar dalam UIA Gombak,kini tinggal kenangan yg pasti
memberikan sentuhan nurani

KLIP VIDEO OFFICIALLY AT IIUM FROM "EDCOUSTIC"




Kepada mereka yang masih belum mendengar lagu dari edcoustics.boleh lah cuba dengar lagu "muhasabah cinta" yang merupakan salah satu lagu yang dibawa oleh kumpulan ini.


LAMPIRAN:

Sedikit Biodata Ustaz Hasrizal:

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil merupakan penulis kepada buku-buku motivasi keagamaan negara. Sehingga kini, telah menghasilkan buku-buku best sellers, antaranya adalah: AKU TERIMA NIKAHNYA (2008), BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), RINDU BAU POHON TIN (2009), MURABBI CINTA (2010), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2010) dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA (2010)
Biografi
Ustaz Hasrizal memegang ijazah sarjana muda (Hons.) in Sharia & Islamic Studies dari Mu’tah University, Jordan. Sebelum itu, Hasrizal menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh 88-92.
Berpengalaman sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland,kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah di Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Ustaz Hasrizal dilantik sebagai Kaunselor Pelawat dan Muslim Chaplain pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada Februari 2007.
Kini, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan Synergy Training & Consulting (STC), sebuah syarikat perundingan dan latihan yang menjalankan program-program pembangunan diri, terutamanya di kalangan remaja dan belia negara.
Ustaz Hasrizal juga telah berjaya menghasilkan buku pertama beliau, AKU TERIMA NIKAHNYA, yang menjadi National Best Sellers, dengan 40 ribu naskhah terjual pada dua tahun pertama penerbitan. Beliau juga telah menulis enam buah buku iaitu, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA.
Berumahtangga dengan Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, seorang pegawai perubatan dan pensyarah pelatih di Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan UKM, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin.
SEDIKIT BIODATA MENGENAI OPICK" :

OPick

Aunur Rofiq Lil Firdaus atau nama kecilnya Opick (lahir di Jember, Jawa Timur, 16 Maret 1974; umur 35 tahun) merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi religius berkebangsaan Indonesia.
Album pertamanya ialah Istighfar dirilis tahun 2005. Sebulan pertama setelah dirilis, album ini mampu mencetak dobel platinum dengan penjualan lebih dari 300 ribu kopi. Dalam album tersebut, Opick memasukkan lagunya yang berjudul “Tombo Ati” ke dalam album solonya. Sebelumnya, Opick memasukkan lagu itu ke dalam album kompilasi “Tausiyah Dzikir dan Nasyid”. Album “Istighfar” sukses di pasaran, hingga menembus lebih dari 800 ribu kopi dan mendapat penghargaan lima platinum sekaligus. Karena aktivitasnya dalam lagu Islami, Opick dinobatkan sebagai duta grup musik Islami Nasyid oleh lembaga ANN (lembaga nasyid nusantara).
Tahun 2006 pria yang mengaku pernah menyanyikan memiliki band yang membawakan lagu-lagu rock itu merilis album keduanya berjudul “Semesta Bertasbih” (2006). Dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, diantaranya Taqwa, Irhamna, akdir, Teranglah Hati, 25 Nabi, Semesta Bertasbih, Bismillah, Satu Rindu, Buka Mata Buka Hati dan Ya Rasul. Sebagai lagu hit dalam album tersebut adalah Takdir yang dinyanyikannya bersama Melly Goeslaw. Selain dengan Melly, Opick juga berduet dengan Wafiq Azizah, remaja yang berprestasi sebagai qoriah cilik internasional terbaik dalam lagu “Yaa Rasul”. Ada pula kolaborasi Opick dengan grup nasyid Pandawa Lima di lagu “Teranglah Hati”. Bulan Agustus 2006, tak lama setelah meluncurkan album kedua, Opick mengeluarkan buku berjudul “, OpickOase Spiritual Dalam Senandung”.

ALBUM
* Istighfar (2005)
Istighfar yang dirilis tahun 2005. Lagu utama yang paling terkenal ialah Tombo Ati, Takdir, Alhamdulillah dan Astaghfirullah.
* Semesta Bertasbih (2006)
Album berikutnya berjudul Semesta Bertasbih (2006) di mana dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, di antaranya Taqwa, Irhamna, akdir, Teranglah Hati, 25 Nabi, Semesta Bertasbih, Bismillah, Satu Rindu, Buka Mata Buka Hati dan Ya Rasul. Sebagai lagu hit dalam album tersebut adalah Takdir yang dinyanyikannya bersama Melly Goeslaw.
* Ya Rahman (2007)
Berikutnya Opick merilis album Ya Rahman (2007), dengan lagu populernya Taubat. Sementara sebelas lagu lainnya di antaranya, Assalamu’alaikum, Rapuh, Pewaris Surga, Mendambamu, Haji, dan lain-lain.
* Cahaya Hati (2008)
Opick kembali meluncurkan album religi pada 2008 dengan judul CAHAYA HATI dengan lagu pilihan, Cahaya Hati. Album ini berisi 10 lagu, diantaranya, Hanya Allah, Ya Nabi Salam, Alangkah Indahnya, Cinta Setulus Jiwa, Hamba-Hamba Allah, Ketika Cinta, Allah Ya Nur, Tuhan Lindungilah, serta Ramadhan Tiba.
* Dibawah Langit Mu (2009)
Menjelang bulan Ramadhan, tepatnya Juni 2009, Opick kembali ke studio rekaman untuk merekam album terbarunya yang diberi judul MAHA MELIHAT. Sebagai langkah awal, ia akan melepas single Maha Melihat yang dinyanyikan duet dengan Rachel Amanda. Single ini pula dijadikan theme song sinetron MANOHARA.

Full Album : Opick – Full Album : Di Bawah Langit Mu
Opick, Album Religi Di Bawah Langit Mu (2009)
Download lagu mp3 gratis Opick. Dan jangan lupa beli Kaset dan CD original Opick dari album Di Bawah Langit Mu (2009) , dan gunakan Nada Sambung Pribadi Opick – Di Bawah Langit Mudi album ini , untuk menghargai karya musisi anak negeri.

0 comments:

Post a Comment

feNoMEna DaTO muDa nIZar!

kenyataan Dato Muda

Segala yang terkandung di dalam blog ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan cerita. Andai ada yang salah, terkasar bahasa atau menyinggung hati, harap dimaafkan. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 
Free Host | lasik surgery new york