Advertisement@dato muda's blog

JOM REGISTER JADI AGENT TOPUP!

KLIK untuk ketahui jadi agent fastopup!

Sunday, August 5, 2012

kesahihan cerita di sebalik MIMALAND

Assalamualaikum pembaca sekalian,kali ini dato ini membawa anda semua mengembara ke suatu tempat yg mungkin anda sedia maklum dan bagi mereka yg belum tahu,..dato harap post kali memberikan satu kejutan buat anda semua,..bahawa negara kita mempunyai taman tema pertama di Malaysia yang begitu popular pada tahun 70-an dulu.yang diberi nama "mimaland" (malaysia in miniature) yg telah beroperasi sejak 1971 hingga 1994!

jom terjah!

lokasi:jalan KL-bentong lama!



petikan cerita berkenaan MIMALAND dari blog asal

----->Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-modeldinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakanpada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapadakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

JUGA menjadi tempat bg pengarah2 filem zaman itu :

1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak) 

1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland. 

1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.     <-----------

GAMBAR SEBELUM!






GAMBAR SEKARANG!

laluan masuk mimaland

bumbung gerbang mimaland

tasik mimaland


salah satu bahagian office mimaland

pondok rehat mimaland


NAMUN,PERCAYA ATAU TIDAK PENINGGALANNYA TETAP MENJADI SEJARAH  DAN MEMPUNYAI KISAH MISTERI2 YANG MUNGKIN BAGI SESETENGAH DALAM KALANGAN MENGANGGAP TAHYUL,...TAPI PERCAYA SETIAP TEMPAT TELAH LAMA TIDAK BERPENGHUNIKAN MANUSIA,...PASTI ADA MAKHLUK LAIN YANG DATANG MENGHUNI,JADI NASIHAT KEPADA YANG MEMPUNYAI HOBI SEBEGINI DIHARAPKAN BERHATI2 KERANA ALAM GHAIB BERADA DI SEKELILING KITA SEMUA!

PSST:KEPADA PELAJAR2 UIA YANG BELUM TAHU,KAWASAN MIMALAND BUKAN LAH TERLETAK  DI BELAKANG UIA DAN TASIK MARYAM BUKANLAH TASIK MIMALAND,INI  KERANA LOKASINYA TERLETAK AGAK JAUH DR UIA IAITU DI JALAN KL - BENTONG LAMA.

SEKIAN,...




3 comments:

blog-tips-kurus said...

rumah kita sendiri pon klu tgl lama mesti ade entiti lain tumpang...

kaishin said...

tak pernah tau pun pasal mimaland ni..

Aida Omar said...

aida pun ada buat entry pasal mimaland nie jugak :) dekat je dengan rumah, hehe..

Post a Comment

feNoMEna DaTO muDa nIZar!

kenyataan Dato Muda

Segala yang terkandung di dalam blog ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan cerita. Andai ada yang salah, terkasar bahasa atau menyinggung hati, harap dimaafkan. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 
Free Host | lasik surgery new york