Advertisement@dato muda's blog

JOM REGISTER JADI AGENT TOPUP!

KLIK untuk ketahui jadi agent fastopup!

Friday, July 20, 2012

sudah ada yang berkahwin di usia muda!


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog DATO MUDA,post kali ini memang menarik,..iaitu,"Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena"...
kenapa dikatakan FENOMENA???
seperti mana yang kita semua tahu,terutama kepada mereka yang sentiasa membuka laman sesawang youtube,..mereka akan tahu kenapa ia dikatakan fenomena dalam kalangan masyarakat kita.Video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.Namun,banyak juga komen2 dr kebanyakan org,..ada yang positif dan ada yang negatif,....

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.
Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Mengapa berkahwin muda?
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.



0 comments:

Post a Comment

feNoMEna DaTO muDa nIZar!

kenyataan Dato Muda

Segala yang terkandung di dalam blog ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan cerita. Andai ada yang salah, terkasar bahasa atau menyinggung hati, harap dimaafkan. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 
Free Host | lasik surgery new york