Advertisement@dato muda's blog

JOM REGISTER JADI AGENT TOPUP!

KLIK untuk ketahui jadi agent fastopup!

Saturday, April 9, 2011

6 kejadian letupan pelik yang xpatut berlaku,..


Ikan paus 50 tan meletup!!



Seekor ikan paus yg ditangkap utk tujuan penyelidikan
tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan
pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling
yg berada berdekatan. Ikan paus sperma yg mati di pantai
itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan
gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit,
Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup tiba-tiba.


rokok sebatang meletup!!


Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki
kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan
di mulut selepas sebatang rokok yg dihisapnya meletup.
Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu
berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil
menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi
sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar
rokok tersebut..Akibat kejadian itu, Andi berniat utk
berhenti merokok…agak-agaknya pe yg ada dalam rokok
andi tu? mercun?? moral of the story : jgn isap rokok sambil
bwk moto, isap mender lain xper..hehe


Ipod ttbe dok dengaq,meletup!!


Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod
yg dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin
panas. Kemudian mengeluarkan asap, dgn sepantas kilatnya dia
melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dgn
mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2
masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih..

Jamban meletup!!


Camner la jamban pun leh meletup?? kejadian ni berlaku kepada
John Jenkins, 53 menggunakan jamban nih, sebaik je dia
menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol..
Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan
kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan
Muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas
rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg
bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho

kerusi pejabat meletup!!


Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yg diceritakan,
kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada
di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan
kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi,
ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi
xtau la kot2 ada org letak bahan letupan bawah tu..kejadian
ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 thn maut dimana
besi yg tercabut akibat letupan itu mengenai rektum bdak tu
menyebabkan dia mati serta merta..pergh, sula cara moden

chewing gum meletup!!


ni lagi satu citer x masuk akal, Seorang pelajar yg
berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya
selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’
yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai
Vladimir mengalami luka yg teruk di rahang. Menurut pihak forensik,
Vladimir telah memakan chewing gun yg mengandungi satu
bahan kimia yg tidak dikenali.

sumber:berita-harian-online.com

3 comments:

afuan shah said...

geli aku tgk ikan paus tu..besaqnya

Fa'ija maddaru said...

best :-)..

misfaida said...

heheh, pelik.. pelik..

Post a Comment

feNoMEna DaTO muDa nIZar!

kenyataan Dato Muda

Segala yang terkandung di dalam blog ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan cerita. Andai ada yang salah, terkasar bahasa atau menyinggung hati, harap dimaafkan. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

 
Free Host | lasik surgery new york